Thursday, June 10, 2021

Mutiara kata – Hujan turun mengikut sukatan.

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah SWT, kerana dengan nikmat dan kurniaNya dapat lagi kita mengecapi segala nikmat Allah SWT di atas muka Bumi Allah ini.

Dan di antara tanda rahmat Allah kepada hambaNya adalah dengan menurunkan hujan, yang membawa rahmat kepada seluruh alam; menyuburkan tanah, menumbuhkan tanaman, juga melahirkan ternakan, seterusnya menjadi sumber rezeki buat seluruh umat manusia. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran, dalan surah as-Sajdah ayat 27:
“Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?”

Di dalam Surah az-Zukhruf ayat 11 pula, Allah ada berfirman bahawasanya Allah telah menurunkan hujan di seluruh muka Bumi ini menurut sukatan yang tertentu:

“Dan (Dialah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur)”.

terdapat hikmah penurunan hujan mengikut sukatan Allah. Menurut kajian, pola sukatan penurunan hujan di pelbagai tempat di seluruh muka Bumi membawa kepada keseimbangan iklim dunia, seterusnya mengawal keadaan persekitaran Bumi yang kita diami. Selain itu, pengawalan taburan hujan juga dapat mengekalkan tahap kesuburan tanah, juga mengelakkan kemarau panjang juga banjir besar. Masha Alah, begitu besarnya rahmat Allah yang mengawal aliran hujan demi kemudahan kehidupan kita di dunia ini.

Jadi, bersyukurlah kita dengan nikmat Allah ini dengan menjaga alam ini daripada kerosakan dan pencemaran, yang seterusnya boleh membawa bencana alam yang disebabkan oleh tangan-tangan kita sendiri.

Wallahu a’lam.




Wisdom Words – Rainfall according to measurement

Praise be to Allah SWT, because with His grace we can again enjoy all the blessings of Allah SWT on this Earth

And one of His Mercy unto His slave is the sending of rain, which brings mercy to all the worlds; cultivating the soil, cultivating crops, giving birth to livestock, and becoming a source of livelihood for all mankind. It has been recorded in the Quran, in surah as-Sajdah verse 27:

“Have they not seen that We drive the water [in clouds] to barren land and bring forth thereby crops from which their livestock eat and [they] themselves? Then do they not see?”

In Surah az-Zukhruf verse 11, Allah also says that Allah has sent down rain on this earth according to the specific measurement:

“And who sends down rain from the sky in measured amounts, and We revive thereby a dead land - thus will you be brought forth”.

Indeed, there is a wisdom regarding the rain flow according to the measurement of Allah. According to some studies, the pattern of rainfall drops in various places across the globe leads to a global climate balance, thereby controlling the environmental conditions of the Earth that we live. In addition, the control of rainfall can also maintain the fertility of the soil, as well as avoid long droughts and floods. Masha Allah, so great is the grace of God that regulates the flow of rain for the convenience of our lives in this world.

So be grateful to God's favor by safeguarding this world from damage and pollution, which in turn can bring a natural disaster caused by our own hands.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...