Monday, May 30, 2011

Nikah Kerana Allah

Perkahwinan atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ia bukan sekadar sebuah akad nikah. Ia adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. Maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun, sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi dan saya nampak indahnya ikhwah dan akhawat ini kerana mereka tak memilihcouple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya.Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati antum dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

Melamar secara direct.

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun emel. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.

Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.

Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.

Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, hasilnya pasti indah samada positif mahupun negatif.

Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, hasilnya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Ada kata-kata di kalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.

Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

"Asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!"

Niat untuk kahwin sesama ikhwah-akhawat itu sangat bagus dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan-kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi (dipercayai). Di situ orang tengah akan cuba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun segannya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bawah pandangan mata Allah, bukannya syahwat dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstrim, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. Kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kesabaran di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.

Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. Itu kuncinya.

Mahu tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ia amat manis, subhanalllah.

Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasul-Nya dahulu.

Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya, insya Allah.

Jadilah moderate dalam prosesnya

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.

*dipetik dari iluvislam.com

Ustaz Haron Din Islamkan Mubaligh Angkuh

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja.Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat. Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 .Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung.Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din.Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut.Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalambahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasaMelayu dengan lebih baik.Sedang asyik mengikuti perbincang?an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentakapabila mendengar Haron Din mengatakan: “Bandingan segala kebaikan amal danusaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yangditerbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperolehsesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itumenjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauhdaripada kebenaran.”Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marahmenyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhanhanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yangdilakukan oleh orang bukan Islam?Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan olehorang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernahdilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidakditerima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jikabegitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki Indiaitu akhirnya bertekad untuk ber?jumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebatdengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkankenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orangbukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secaraterbuka di kaca TV.Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidakpeduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalanbagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendam niat untukbertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yangdikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemudengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya.Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamismalam Jumaat, seminggu sekali.Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Dihadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambilmemegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentangbab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa denganHaron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betultidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masihterngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaanmarah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mulasurut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepasitu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut,kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, sertakupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan diarasa amat terpegun.Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islamdan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelakiberkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masihmenebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukanuntuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama ituberdebat dengannya.Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din.Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknyaterhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang adadalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Dinialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam ForumPerdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untukmengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akanterus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islamdan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliahHaron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi ‘masalahnya’ semakin lamamengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din danmengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadisebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinyapada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja.Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambahberminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut,lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentangIslam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam?Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agamalain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanyaamalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islamtidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islamtidak berapa lama dulu.Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; ” Untuk memudahkansaudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seoranghamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dansegala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.” Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat sepertimana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudianbila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah.Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apayang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?“Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dankebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnyakerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akanmemberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kitalakukan bukan untuk Dia?”Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din ataspertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujahdan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan olehHaron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggungperasaannya sebagai orang bukan Islam.Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh HaronDin, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnyahati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secararasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memelukIslam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataanseperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidakpuas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: “Memang kenyataan itu sayatujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikirtentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklumbalas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi,sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir.”“Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu.Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hatidengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadipenyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,” jelasMohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita diatas.Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di MasjidNegeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapathidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.“Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat danberbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannyaitu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dandalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebatdengan beliau,” jelasnya.Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadapagamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerakaktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selainitu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpunkuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakanada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.“Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhanyang satu. Di dalam kitab?kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apayang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajardi dalam kitab.“Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macamTuhan, selain dari Tuhan yang satu,” tegas lelaki yang berasal dan Banting,Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu denganagama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusiabelasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apayang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri,ternyata bercanggah sama sekali.“Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar,saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramahbeliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjayamengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihanyang Allah berikan pada Haron Din,” kata Fitri lagi.Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya imanyang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari kehari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kiniFitri masih tetap begitu. “Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di ataslandasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar adasaudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluardari Islam. Murtad.“Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan imanmereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yangsaya lalui sebelum ini.“Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allahanugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat,sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yangbertuah ini,” ujarnya bersungguh?sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petangitu.catitan :Benarlah bahawa Hidayah Allah hanya untuk hamba yang dikehendaki-NYA sahaja.Selagi hayat dikandung badan, kita mesti hapuskan gerakan mengkristiankan umatIslam di Malaysia. Semakin lambat kita bertindak, ditakuti bilangan orangmurtad ini akan bertambah. Bertindaklah, walau dengan apa jua sekalipun,paling tidak kita doakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam dari fitnahKristian ini selepas solat fardhu. Apa yang paling saya kesalkan bahawa isuini dipandang sepi oleh sesetengah pihak dan kita tidak boleh lagi menudingjari serta mengharapkan kepada kerajaan, JAKIM Jabatan Agama Negeri dansebagainya, Syiar Islam itu diamanahkan kepada setiap individu Islam danbukannya kepada kerajaan atau mana-mana pertubuhan sekalipun.Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihatulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita.Sungguhsukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yangbeliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi,pelajari dan amalkan.Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukanIslam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti Ishak Baharom, Badrul Amin,Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam? Disekat terus menerus?Mengapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...