Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Catatan dokumentasi diskusi tarbiyah




CATATAN DOKUMENTARI DISKUSI


Tarikh : 17/11/2011

Hari : Khamis

Tempat : Dewan Baru, Darul Quran

Masa : 9.35 – 11.20 malam

Tajuk : Mafatih Mahabbah.Relevan atau tidak?

Anjuran : Biro Tarbiyah dan Kerohanian IQRaC

Penyertaan : Pelajar IQRaC dan diploma


ELEMEN PERBAHASAN 1 : KONSEP TARBIYAH


Usul 1

-tarbiyah ialah satu penjagaan,pengasuhan dan pendidikan.

-Imam Bukhari dalam Al-Anwar At-Tahzil mendefinisikan tarbiyah ialah menyampaikan sesuatu kepada kesempurnaan secara beransur-ansur.

-Al-Asfahani mentakrifkan juga menjadikan ansur-ansur kepada kesempurnaan.

-proses sistematik syumul untuk menghasilkan mukmin yang mempunyai lima ciri :

-mukmin

-muslim

-mujahid

-mutanawwi’in (pelbagai)

-muttaqin


Usul 2

-tarbiyah merangkumi pelbagai aspek,langsung dan tidak langsung dan terkandung hikmah.


Sesi perbahasan :

1 -tarbiyyah untuk jadi hamba dan khalifah.

-elemen penekanan ialah akidah (surah Ibrahim)

-cara berhikmah mengikut alur muwasofat tarbiyah.

-sasaran tarbiyah ialah akal dan rohani

2- -persoalan adakah berkesan penekanan tarbiyah dalam SYABAB kerana impaknya ada yang lari program seterusnya.

3- -persoalan dijawab oleh salah seorang peserta SYABAB:

-pendekatan SYABAB kurang syadid.

-sesetengah peserta memberontak.

-mengutarakan tarbiyyah hanya berkesan pada sesetengah yang faham dan mungkin yang tidak faham boleh guna cara lain yang tidak syadid.


4. -ada pendapat mengatakan mafatih mahabbah untuk semester FIZIQ bahawa kefahaman merupakan elemen penting terhadap konsep tarbiyah itu sendiri.

5. -pendapat lain mengutarakan bahawa tarbiyyah dengan maksud lain adalah memaksa.

-bersetuju dengan pendekatan syadid.

-tarbiyyah bergantung kepada hati,bukan kepada program semata-mata.

-konsep tarbiyyah yang tidak diterangkan di hujung mafatih mahabbah,lambat penerangan mengenai konsep tersebut iaitu menerangkan konsep tersebut hanya pada waktu program seterusnya yakni The Faith merupakan satu masalah.


ELEMEN PERBAHASAN 2 :

KONSEP TARBIYAH DALAM MAFATIH MAHABBAH


Usul 1

-konsep tarbiyah dalam mafatih mahabbah mengajar supaya menyerap tekanan dan dalam masa yang sama membina jati diri individu.

-Sultan Al-Fateh juga dididik secara syadid sewaktu kecil.

-mengusulkan bahawa pendekatan syadid mafatih mahabbah relevan.


Sesi perbahasan :

1. -mafatih mahabbah merupakan ‘first picture’ apa yang bakal dilalui di DQ.

-melatih benda yang susah menjadi sesuatu yang biasa.

-tarbiyyah merupakan sesuatu yang berterusan dan tidak semua tarbiyyah berbentuk syadid.

2. -menekankan mujahadah lin nafsi dalam tarbiyah.

-Nabi tidak pernah menyuruh orang kafir memeluk Islam.Contohnya Nabi hanya menyuruh Bilal bin Rabah mengucap kalimah toyyibah.

3. -berpandangan kesan syadid pada semester IRSYAD ialah pelajarnya menjadi kritis berfikir.

-meyokong pendekatan syadid dan menimbulkan persoalan jika pendekatan syadid pun gagal untuk menjaga DQ apatah lagi pendekatan yang tidak syadid.


ELEMEN PERBAHASAN 3 :

PEMBAWAKAN TARBIYAH RETORIK ATAU BERMANHAJ?


Usul 1

-Mengutarakan bahawa tarbiyah bermanhaj.

-Nabi pernah mengatakan dalam hadisnya, “Tuhan telah mentarbiyahku”

-Mengambil contoh kanak-kanak berumur 10 tahun perlu dirotan sekiranya tidak solat.

-Juga mengambil iktibar sirah yang mana Saidina Ali pada tujuh tahun pertama dididik dengan kasih saying,kemudiannya secara tegas.


Sesi perbahasan :

1. -merujuk makna tarbiyah dalam Al-Quran.Surah Al-Isra’ ayat 24 dan surah As-Syuara’ ayat 18.

-Syed Naquib Al-Attas menggunakan istilah ‘ta’dib’ yang merangkumi semua maksud pendidikan.

-mengatakan bahawa mafatih mahabbah hanya menekankan surface pada aspek haraki.

-mafatih mahabbah tidak perincikan perkara yang asas dalam haraki iaitu fardhu muslim tetapi sebaliknya menekankan daulah.Ini merupakan satu masalah kerana tidak menekankan perkara asas dahulu.

-sokong syadid dalam menta’dib.

-mencadangkan supaya perincikan surface haraki tersebut.

2. -menentang pendekatan syadid bagi yang tidak faham erti tarbiyah.

-kerana impak daripada ketidak fahaman itu pelajar memberontak.

-mengatakan bahawa pendekatan syadid dan mensyadidkan orang lain itu penting.

3. -mengatakan kebanyakan ahli DQ berfikiran negative.

-menyarankan supaya bersikap optimis terhadap program.

4. -mengatakan para sahabat dahulu memahami kalimah toyyibah sedalam-dalamnya.

-menyarankan supaya sedar akan matlamat khusus iaitu melahirkan muslim bertaqwa dan memperjuangkan apa yang difahami.

-dan juga matlamat khusus iaitu menjadi hamba dan khalifah.

-menambah supaya menekankan pemahaman tauhid dan mengikut manhaj nubuwwah.


RESOLUSI


-tarbiyyah adalah apa yang kita belajar untuk mengenal erti hidup.

-tarbiyyah berlaku di mana-mana menurut Said Badiuzzaman An-Nusi.

-tarbiyyahlah yang membezakan manusia dan haiwan.

-pelaksanaan tarbiyyah perlu mengikut tahap.

-mesti ada follow-up.

-Imam Hassan Al-Banna kata jangan bergerak berdasarkan semangat,tetapi bergeraklah berdasarkan kefahaman.

-mengatakan bukan semua lulusan phD memahami erti sebenar perjuangan.Terdapat hadis yang mana barang siapa yang Allah menghendaki seseorang itu untuk faham,maka individu tersebut akan peroleh kefahaman itu.

-menyeru supaya bantu-membantu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.

Tuesday, November 29, 2011

Fiqh Al-Awlawiyyat : Faham,Amalan,Perintah,Larangan (siri 2)


FAHAM ATAS HAFALAN


Sesungguhnya golongan yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah dan rasul ialah orang yang memiliki ilmu dan kefahaman agama laksana tanah subur yang mampu menyerap air hujan dan menumbuhkan rerumput.Kemudian,mereka yang memperoleh ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain bak tanah keras yang mampu menampung air yang banyak untuk diminum oleh manusia.Seterusnya,orang yang tidak mengambil peduli risalah kenabian dan tidak beroleh hidayah Allah umpama tanah tandus yang tidak mampu menyimpan air dan gagal menumbuhkan tanaman.Hal ini persis dengan keutamaan kefahaman yang dititik beratkan pada tiga generasi pertama Islam dan ironinya kini huffaz lebih diutamakan dan diagung-agungkan berbanding cendekiawan dan fuqaha' dalam bidang usuluddin,fekah,aqidah dan hadis.


Begitu juga peri pentingnya memahami maqasid berbanding zawahir.Antara tugasan muslimin di muka bumi ini adalah memahami dan menyelami intipati syariah Islam,menghubung kaitkan antara satu sama lain dan tidak berpegang teguh dan mengetahui makna ayat dan ajaran pada permukaannya sahaja.Ijtihad pula prioritinya lebih tinggi berbanding taklid kerana ilmu yang hakiki menurut ulama salaf ialah ilmu yang berdiri sendiri dan merdeka daripada pendapat orang lain.Sikap jumd dan statik adalah tercela dan dicemuh kerana kita perlu memberi pertimbangan terhadap perkembangan dan perubahan semasa.Imam syafie sendiri mempunyai qaul qodim dan qaul jadidnya.


PRIORITI DALAM FATWA DAN DAKWAH


Rasulullah mendahulukan keringanan dan kemudahan ke atas sikap memberatkan dan menyusahkan.Syariah menitahkan bersegera berbuka,melewatkan sahur,kisah Nabi mengutus Abu Musa Al-Asyari dan Muaz bin Jabal ke Yaman dengan pesanan,beri kemudahan jangan menyusahkan,beri khabar gembira jangan menjauhkan mereka dari Islam,kisah Muaz bin Jabal yang ditegur Nabi kerana membaca surah terlalu panjang ketika solat,kebenaran untuk memakan makanan haram ketika darurat dan memakai sutera ketika sakit.


Konsep tadarruj dan graduality juga turut diutamakan dalam mengembang biakkan masyarakat Islam.Tiga peringkat pengharaman arak dan kisah khalifah Umar Abdul Aziz dengan anaknya yang tidak menghapuskan kezaliman di tengah-tengah masyarakat serta-merta demi mengelakkan fitnah besar terhadap agama cukup membuktikan dominannya tadarruj.Tambahan,modus operandi untuk menentukan prioriti sesuatu hukum perlulah berdasarkan konsep Al-Quran sendiri.Aspek yang banyak ditekankan seperti solat,zikrullah,tawakkal,takut akan azab,bersyukur,berakhlak terpuji,pupuk silaturahim dan berbakti kepada orang tua perlu diberi lebih prioritinya berbanding unsur yang kurang diberi penekanan seperti isra' Nabi,maulid rasul dan kelahiran Nabi Isa.


KEUTAMAAN LAPANGAN AMAL


Amalan yang menabur manfaat kepada orang ramai adalah lebih utama menurut lunas Islam.Orang yang berjihad tidak sama dengan orang yang menunaikan haji yang memberi faedah hanya senya untuk diri sendiri sahaja.Surah At-Taubah 19-20.


Ilmu dipentingkan daripada ibadah.Pemimpin Islam yang adil lebih jauh berganda-ganda diutamakan berbanding seorang ‘abid yang beribadah bertahun-tahun lamanya kerana boleh jadi satu hari yang digunakan oleh seseorang kuasawan digunakan untuk menggubal undang-undang yang mampu mencetuskan kesedaran dan keinsafan jutaan rakyat berbanding ahli ibadah yang hanya mampu memberi keinsafan kepada diri sahaja.


Amalan yang lebih lama manfaatnya pula lebih diaulakan berbanding amalan yang faedahnya sekejap bak kata pepatah cina,jangan bagi orang miskin ikan,tapi bagi jala supaya dia dapat makan ikan lagi banyak.


Insan yang mengamalkan ajaran Islam yang hakiki dan kamil pada zaman fitnah adalah diutamakan kerana mereka ibarat menggenggam bara api di tangan yang mampu bertahan walau menerima seribu satu tekanan dari luar.Nabi juga berpesan,”ibadah di dalam masa berkembangnya fitnah bagaikan hijrah kepadaku”.


Amalan hati diutamakan daripada amalan anggota.Sesungguhnya cinta dan benci seseorang kerana Allah merupakan tanda kesempurnaan imannya yang timbul daripada lubuk hati yang paling dalam.Memendekkan jubah di atas buku lali ketika solat sepatutnya kurang diberi penekanan berbanding memelihara silaturahim dan menjalankan amanah.


Pertanian diutamakan ketika krisis makanan di berlaku sesebuah daulah.Perindustrian dipentingkan tika pertanian cukup tetapi memerlukan barangan harian lain atau dari luar.Manakala perniagaan diutamakan sewaktu keperluan harian dan makanan cukup tetapi pasaran dikuasai peniaga rakus dan zalim.


Ibadah yang paling utama ada empat pendapat.


1- Ibadah yang berat dilakukan dan dirasakan di hati.

2- Ibadah yang zuhud.

- Orang awam - zuhud merupakan matlamat.

- Bijak pandai – zuhud perantara untuk menggapai cinta dan redha Allah.

- Ulama’ – apabila datang perintah dan larangan Allah mereka akan patuh walaupun ia memisahkan persatuan mereka dengan Allah.

- Melampau – tak ikut sunnah.sentiasa bersatu hati dengan Allah walau perintah dan larangan Allah turun.

3- Ibadah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.

4- Buat amal baik untuk redhaNya setiap masa dan mengikut situasi.Waktu jihad utamakan jihad,waktu tetamu datang utamakn melayan tetamu dan waktu saudara sakit utamakan amalan yang paling sesuai waktu tersebut.


PRIORITI DALAM PERINTAHNYA


-utamakan wajib daripada sunnah.Jangan sampai tahajjud membuatkan individu longlai dan menurunkan mutu kerja.

-Imam Al-Raghib Al-Asfahani :


-setiap sunnah ibadah tetapi bukan setiap ibadah sunnah.

-ibadah sunnah tidak akan diterima tika ibadah fardhu diabaikan.

-siapa sibuk dengan fardhu hingga abai sunnah maka ia dimaafkan.

-siapa sibuk dengan sunnah hingga abai fardhu ia terpedaya dengan hawa nafsu.

-Allah mengisyaratkan adil (buat fardhu) sebelum ihsan (buat sunnah).AnNahl,90.


-fardhu kifayah boleh jadi fardu ain kepada individu jika hanya dia seorang sahaja yang pakar dalam bidang tersebut dalam sesebuah qariah.

-hutang manusia perlu dibayar (hak manusia) sebelum menunaikan haji (hak Allah)

-jamaah perlu diutamakan daripada individu (nabi suruh sahabat yang solat sorang mengulang semula solatnya,surah fatihah ayat 5-6,sambutan syawal,puasa,wukuf dan solat hari raya).


PRIORITI DALAM LARANGANNYA


Kufur mengikut tahap dari paling tinggi :


-kufur juhud (tak mengaku Allah,malaikat etc.)

-kufur syirik (akui tuhan tetapi tak sembah tuhan,sembah benda lain;matahari)

-kufur ahli kitab (akui sebahagian danmenyeleweng;trinity)

-kufur orang murtad yakni kufur yang paling jahat (khianat dan tidak wala’ kepada Islam dengan memeluk agama lain)

-kufur munafiq yakni kufur paling berbahaya (zahir islam,batin benci islam)


Beza


1-kufur

-besar;komunis,atheis dan kufur dengan risalah nabi.

-kecil;tinggal solat sebab malas(khilaf.ada pendapat kata maksiat.kufur jika masih tak nak solat walau telah disuruh di mahkamah)


2-syirik

-besar;sekutukan Allah dengan makhluk lain.

-kecil;riya’ yakni cari pujian selain Allah.


3-nifak

-besar;dalam urusan akidah dan keimanan dengan sembunyikan kufur dalam hati,islam ditonjolkan di luar.

-kecil;dalam amal dan tingkah laku seperti ada ciri munafik tetapi akidah mereka benar.


4-maksiat

-dosa besar;dapat laknat dan hudud di dunia seperti tinggal solat,zina,minum arak.

-dosa kecil;dapat dihapuskan dengan solat fardhu,jumaat,puasa ramadhan,tarawih.

*maksiat dek kerana sombong dengan hokum Allah (ambil riba) lebih berat dosanya dari maksiat dek kerana lemahnya iman (zina).

*sikap memandang remeh kepada dosa kecil boleh membuatkan dosa kecil itu menjadi dosa besar.imam ghazali dalam kitab at-taubah,ihya’ ulumuddin.

*dosa besar jika dibuat kemudian timbul rasa takut,sesal,malu,taubat boleh dikelompokkan kepada dosa kecil manakala maksiat kecil jika buat terangan,x rasa malu,x takut dan x menyesal dikategorikan dosa besar.imam ibn qayyim.


MAKSIAT HATI : kedekut.nafsu.bangga.


-ikut nafsu boleh menjadikan insan gagal membezakan hak dan batil walau dia pernah mengenalinya suatu ketika dulu.

-tiga golongan bakal dihumbankan ke neraka sebab riya’ kata nabi.

-syahid di medan perang

-alim yang ajar ilmu kepada orang lain.

-penderma yang suka bersedekah.

Yang mana ketiga-tiga ini mengharapkan pujian manusia.

-bidaah perbuatan yang lebih digemari iblis berbanding maksiat kerana ia bercanggah agama dan orang tersebut tak ada kesedaran untuk bertaubat meninggalkannya.

-syubhah adalah perkara yang tak banyak diketahui orang ramai dari segi halal dan haramnya.solusinya Tanya ulama muktabar dan jangan memberat-beratkannya seperti disarankan nabi dalam kisah daging yang tidak diketahui sama ada disembelih dengan nama allah atau tidak dan nabi memperkenan jemputan yahudi.

-makruh ada dua:

1-tanzihiyyat-dekat kepada halal seperti hembus nafas ketika minum dan solat sunnah ketika makanan telah dihidangkan.

2-tahrimi-hampir haram.


Rujukan :

1-Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Fiqh Al-Awlawiyyat, Thinker's Library, Petaling Jaya Selangor, 2009.

2- Al-Quran

Wednesday, November 23, 2011

Jilun Nasri Mansyud


:: PEMUDA ISLAM YANG DIJANJIKAN ::


Sesungguhnya umat islam ini memiliki roh.Roh itu adalah Islam.Islamlah yang menghidupkan umat ini daripada kematian,menyatukannya daripada perpecahan,memecahkan belenggu kejahilan dan menjadikannya umat yang terbaik dalam kalangan seluruh umat manusia.


Islam pasti akan menakluk takhta kemenangan.Setiap kemenangan sudah tentu mempunyai syarat-syarat dan kriteria yang melayakkannya merangkul piala kemengan.


Antara syarat-syarat kemenangan:

1-Meyakini bahawa kemenangan itu datangnya daripada Allah.(3:160,8:9-11,2:249,9:40)

2-Membantu agama Allah.(47:7,22:41,30:47,37:173)

3-Menjadi mukmin yang sebenar benar mukmin.(8:12,62-63)(33:6,9)(9:26)


Generasi kemenangan yang dijanjikan Allah adalah generasi yang memahami Islam dengan pemahaman yang sohih dan sempurna.Tidak dicemari oleh klorin-klorin kejumudan,taqlid dan taksub melampau terhadap mazhab.Mereka juga memiliki ciri-ciri 'pengganti yang adil' (khalifah) yang akan memikul warisan kenabian bukan seperti seekor keldai yang memikul kitab-kitab besar sedang ia sendiri tidak tahu apa yang dipikulnya.(62:5)


Mereka juga mengambil dunia sebagai 'jalan' dan bukan sebagai 'matlamat'.Sesungguhnya himmah (prioriti) mereka adalah akhirat dan tujuan mereka adalah mardhotillah.Kalbu-kalbu mereka bersinar dengan cahaya tauhid.Mereka tidak mencari Tuhan selain Allah,tidak menjadikan selain Allah sebagai rujukan hukum dan tidak mengambil selain Allah sebagai pemerintah.


Generasi yang dijanjikan ini juga enggan tunduk kepada barat dan timur.Cahaya mereka adalah diambil daripada pohon yang penuh barakah(24:35).Mereka tidak bekerja demi kepentingan mana-mana individu,kasta,parti ataupun sistem.Gerak kerja mereka adalah untuk Islam.Demi Islam.Mereka datang daripada umat Islam dan untuk umat Islam.Mereka tidak bermegah melainkan dengan dengan iman.Mereka tidak juga berbangga melainkan dengan Islam.


-Agama mereka terlalu agung buat mereka sehinggakan dunia menjadi remeh dalam mengharungi jalan agama.
-Aqidah mereka terlampau mahal harganya bagi mereka,lantas menjadi murahlah jiwa dan harta benda mereka.
-Sesiapa yang mengetahui nilai barang yang dicari,nescaya menjadi remehlah segala benda yang dikorbankannya.
-Allah taala membeli daripada mereka dan mereka pun menjualnya.Apabila sempurna pemindahan milik antara mereka an Tuhan mereka,tidaklah mereka menyesal dan ingin membatalkan jual beli itu.
-Mereka berkorban untukNya padahal semuanya adalah milikNya.
-Allah taala membeli harta mereka sedangkan Dialah yang memberikan rezeki.
-Allah juga membeli daripada mereka nyawa,yang Dia sendiri ciptakannya.(9:111)


Mereka juga ialah generasi yang kuat dan mulia.Mereka membezakan perkara usul dan furu'.Mereka di dalm usul bak besi yang keras manakala dalam perkara furu' ibarat sutera yang lembut.Mereka turut membezakan antara martabat sesuatu amalan dan hukumnya.Setiap amalan ada martabatnya.Setiap martabat ada hukumnya.Maka,fardhu berlaina dengan sunat,haram berbeza dengan makruh,dosa besar tak sama dengan dosa kecil,perkara yang disepakati lain dengan perkara yang khilaf,perkara yang tsabit dengan dalil qot'ie berbeza dengan perkara yang tsabit dengan dalil dzonni.Pendirian mereka bukanlah berlagak alim dan tidak pula mendakwa alim.Mereka merujuk kepada ahli dan pakarnya.(35:14)(25,59)(16:43)(21:7).


Terakhirnya,mereka adalah golongan yang acap kali bertaubat kepada Allah.Menjaga diri daripada melakukan maksiat lebih diutamakan oleh mereka berbanding menjaga diri daripada musuh-musuh Allah dan musuh-musuh mereka.Mereka lebih khuatir berlakunya maksiat di dalam hati berbanding maksiat anggota tubuh badan.


Dan mereka inilah generasi yang ditunggu-tunggu.Inilah generasi yang 'disimpan' oleh Allah untuk membawa roh Abu Bakar As-siddiq menentang golongan murtad(5:54).Generasi inilah generasi kemenagan dan dalam generasi inilah akan tertegaknya panji Allah di muka bumi seterusnya megahlah agama Al-Kholiq di dunia makhluk ini.


Pada hari ini seruan ini ditujukan kepada seluruh anak-anak muda muslim agar mereka melepasi peringkat virus al-wahnu dan lemah laksana buih-buih di lautan.Seterusnya menyertai gerombolan generasi rabbani yang ditunggu-tunggu.


Rujukan :

1-Yusuf Al-Qaradhawi, Pemuda Islam yang dijanjikan, Jundi Resources, Batu Caves Selangor, 2011.

2-Al-Quran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...