Sesungguhnya apa yang di bawa oleh kalian(hamalatul quran) merupakan Kata - kata yang mempunyai seribu hikmah serta berjuta makna siratan objektif frasa kata yang sesuai diaplikasikan natijah penafsirannya berlandaskan kajian para ulama' di sepanjang zaman, segenap tempat dan disetiap warna situasi yang menghias atmosfera kehidupan seorang pembawa kalam Tuhan Pencipta langit dan bumi itu sendiri.
Berdasarkan corak - corak sejarah yang terlakar semenjak turunnya ke dunia Adam as dan isteri tercinta Hawa sehingga kini detik jari - jari ana menari di keyboard laptop, oleh pena - pena golongan yang terdahulu, dan semestinya terdiri daripada kalangan mereka yang ingin menegakkan syariat Tuhan Pencipta gigi anak Adam dan golongan yang tersilap dek geletekan syaitan yang mengasyikkan lantas syirik menyekutukan Tuhan Pencipta usus anak Adam itu sendiri, maka tercetuslah beberapa falsafah manusia, perkembangan ilmu dan kajian kata - kata Tuhan Pencipta ayam.
syirik : iktiraf Allah swt sebagai tuhan dan pada masa yang sama iktiraf tuhan yang lain.
Al quran, falsafah manusia dan perkembangan ilmu dapat disimpulkan kepada tiga perkara asas.
Pertama, tujuan ;
- Penerapan aqidah atau kepercayaan yang mencakupi aspek Rabbani dan segala sifat - sifatNYA, wahyu dan segala yang berkait rapat dengan kitab - kitab suci, Malaikat, para Anbia' dan hari kemudian yang terdiri daripada detik pembalasan dan ganjaran daripada Tuhan Pencipta sayur bayam.
- Penerapan akhlak yang bertujuan mewujudkan keserasian hidup bermasyarakat dalam bentuk permuafakatan antara lainnya ialah kenduri ramai - ramai.
- Penjelasan mengenai hukum - hukum yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, sesama manusia, diri sendiri, dan alam sekitar.
Kedua, cara/metodologi ; nak capai tiga perkara di atas adalah melalui,
- Menganjurkan manusia untuk memerhatikan alam semesta dengan kata lain segala kehebatan ciptaan Allah swt demi menimbulkan rasa insaf terhadap keagungan serta kebijaksanaan Tuhan Pencipta lidah dan memanfaatkan segala - segalanya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
- Menceritakan kisah - kisah sejarah golongan yang terdahulu.
- Menimbulkan persoalan konflik dalaman setiap anak Adam iaitu, dari mana kita datang? untuk apa kita hidup? dan kemana kita lepas mati ni?
- Janji kepuasan tuntutan badan dan nafsu di dunia dan di akhirat, serta ancaman penyeksaan yang sememangnya pedih gila di dunia dan di akhirat. Akhirat lebih - lebih lagi la.
Ketiga, pembuktian terhadap apa yang dinyatakan di atas adalah sesuatu yang benar - benar dari langit dan keseriusan konsentrasi terhadap perkara ini adalah teramat penting sekali. Dengan kata lain mukjizat Al quran itu sendiri.
- Susunan redaksinya yang mencapai puncak tertinggi dalam medan pemencakan sastera bahasa Arab.
- Ilmu pengetahuan mencakupi segenap aspek disiplin yang disyariatkan.
- Ramalan - ramalan yang dicanangkan bersifat fantasi namun sebahagiannya telah terbukti diperingkat kebangsaan.
Justeru, hayatilah segala apa bebanan yang kita gendong agar tidak terpalit ideologi - ideologi musuh islam di laman muka buku diari kehidupan kita sebagai hamalatul Quran di setiap tingkah laku harian kita. Ingatlah bahawa kita akan disoal siasat kelak mengenai teknikal error yang kita lakukan sepanjang pemikulan kata - kata Tuhan pencipta nasi yang kita makan dari hari ke hari.
~ sayang tanah islam ~
WaLLahua'lam.
No comments:
Post a Comment