Friday, November 18, 2011

pencabutan sesuatu oleh mereka yang tidak berhak


:: Qatlun/Pembunuhan ::

Pembunuhan merupakan salah satu daripada aktiviti suatu benda hidup iaitu dengan mencabut nyawa benda hidup yang lain. Dalam konteks teks dan konseptual yang ingin ana kongsikan pada hari ini ialah aktiviti pencabutan jiwa atau nyawa oleh seorang mukallaf ke atas mukallaf yang lain tanpa haq. Dalam Al quran terdapat banyak larangan tegahan oleh Allah swt terhadap aktiviti pencabutan nyawa tanpa haq. Ia merupakan suatu amal jarimah yang berat dan besar tanggungan dosanya. Rujuk surah An Nisa' : 93 .

Namun terdapat pencabutan jiwa yang dibenarkan oleh syara, iaitu dimana ia bertujuan memelihara konsep maqasid syari'yyah melalui hukum - hukum had yang telah dicanangkan oleh Allah swt dalam Al quran 1400 tahun yang lalu. Sebagai contoh hukum qhishos. Maka bila mana selain daripada itu pencabutan nyawa tanpa haq ialah suatu amal insani yang kejam dan tidak boleh dimaafkan melainkan dengan melaksanakan apa yang telah ditetapkan di dalam Al quran sebagai hukuman di dunia. Rujuk surah Al baqarah : 178 .

Pembunuhan terbahagi kepada tiga jenis :

1) sengaja
2) seakan - akan sengaja
3) tak senggaja

Pembunuhan dengan sengaja :
Pencabutan nyawa dengan niat membunuh seseorang yang haram darahnya dan masih hidup sebelum dia dibunuh dengan menggunakan alat - alat yang biasanya membunuh.

Syarat - syarat pembunuhan dengan sengaja,

1) pembunuhan dilakukan oleh mukallaf.
2) yang dibunuh ialah manusia yang masih hidup dan terpelihara darahnya.
3) alat yang digunakan untuk membunuh biasanya membunuh.
4) pembunuhan adalah dengan sengaja dan bukan terpaksa atau dipaksa.

Uqubah untuk pembunuhan dengan sengaja,

1) dosa besar di akhirat
Rujuk surah An nisa' : 93.

2) tidak berhak menerima pusaka dan wasiat,

" Pembunuh tidak berhak sesuatu apapun, dan jika(yang terbunuh) tidak mempunyai waris, maka warisnya ialah orang yang terdekat kepadanya. Dan pembunuh tidak mempusakai apa - apa pun "
(Hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan An Nasai)

3) membayar kifarat apabila ia dimaafkan oleh wali yang terbunuh atau apabila ia dikenakan bayar diat.
kifarat : memerdekakan seorang hamba yang beriman dan jika tiada hendaklah berpuasa selama dua bulan beturut turut.

4) Qishash atau keampunan
Setiap pembunuhan diwajibkan qishash kecuali mendapat pengampunan penuh oleh wali terbunuh ataupun dikenakan bayaran diat. Rujuk surah Al Baqarah : 178

" Barangsiapa terbunuh saudaranya, maka ia boleh memilih antara salah satu antara dua pilihan, apakah ia meminta tebusan ataupun menuntut pembunuhan(qishash) "
( Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim )

Diat untuk pembunuhan dengan sengaja,

kategori : berat
100 ekor unta :
40 ekor unta betina bunting, 30 ekor unta betina berumur tiga tahun masuk tahun keempat, dan 30 ekor unta betina berumur empat tahun masuk lima tahun.

Selain wali terbunuh tiada siapa yang berhak untuk memberi ampun kepada pembunuh atau menukar gantikan hukuman atau meringankan hukuman.

*pergh tension betol lah tulis dgn tulisan skema nik...addoyai, ok lah smpi cni dlulah, xlarat dahh..

~ sayang tanah islam ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...