Tuesday, November 29, 2011

Fiqh Al-Awlawiyyat : Faham,Amalan,Perintah,Larangan (siri 2)


FAHAM ATAS HAFALAN


Sesungguhnya golongan yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah dan rasul ialah orang yang memiliki ilmu dan kefahaman agama laksana tanah subur yang mampu menyerap air hujan dan menumbuhkan rerumput.Kemudian,mereka yang memperoleh ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain bak tanah keras yang mampu menampung air yang banyak untuk diminum oleh manusia.Seterusnya,orang yang tidak mengambil peduli risalah kenabian dan tidak beroleh hidayah Allah umpama tanah tandus yang tidak mampu menyimpan air dan gagal menumbuhkan tanaman.Hal ini persis dengan keutamaan kefahaman yang dititik beratkan pada tiga generasi pertama Islam dan ironinya kini huffaz lebih diutamakan dan diagung-agungkan berbanding cendekiawan dan fuqaha' dalam bidang usuluddin,fekah,aqidah dan hadis.


Begitu juga peri pentingnya memahami maqasid berbanding zawahir.Antara tugasan muslimin di muka bumi ini adalah memahami dan menyelami intipati syariah Islam,menghubung kaitkan antara satu sama lain dan tidak berpegang teguh dan mengetahui makna ayat dan ajaran pada permukaannya sahaja.Ijtihad pula prioritinya lebih tinggi berbanding taklid kerana ilmu yang hakiki menurut ulama salaf ialah ilmu yang berdiri sendiri dan merdeka daripada pendapat orang lain.Sikap jumd dan statik adalah tercela dan dicemuh kerana kita perlu memberi pertimbangan terhadap perkembangan dan perubahan semasa.Imam syafie sendiri mempunyai qaul qodim dan qaul jadidnya.


PRIORITI DALAM FATWA DAN DAKWAH


Rasulullah mendahulukan keringanan dan kemudahan ke atas sikap memberatkan dan menyusahkan.Syariah menitahkan bersegera berbuka,melewatkan sahur,kisah Nabi mengutus Abu Musa Al-Asyari dan Muaz bin Jabal ke Yaman dengan pesanan,beri kemudahan jangan menyusahkan,beri khabar gembira jangan menjauhkan mereka dari Islam,kisah Muaz bin Jabal yang ditegur Nabi kerana membaca surah terlalu panjang ketika solat,kebenaran untuk memakan makanan haram ketika darurat dan memakai sutera ketika sakit.


Konsep tadarruj dan graduality juga turut diutamakan dalam mengembang biakkan masyarakat Islam.Tiga peringkat pengharaman arak dan kisah khalifah Umar Abdul Aziz dengan anaknya yang tidak menghapuskan kezaliman di tengah-tengah masyarakat serta-merta demi mengelakkan fitnah besar terhadap agama cukup membuktikan dominannya tadarruj.Tambahan,modus operandi untuk menentukan prioriti sesuatu hukum perlulah berdasarkan konsep Al-Quran sendiri.Aspek yang banyak ditekankan seperti solat,zikrullah,tawakkal,takut akan azab,bersyukur,berakhlak terpuji,pupuk silaturahim dan berbakti kepada orang tua perlu diberi lebih prioritinya berbanding unsur yang kurang diberi penekanan seperti isra' Nabi,maulid rasul dan kelahiran Nabi Isa.


KEUTAMAAN LAPANGAN AMAL


Amalan yang menabur manfaat kepada orang ramai adalah lebih utama menurut lunas Islam.Orang yang berjihad tidak sama dengan orang yang menunaikan haji yang memberi faedah hanya senya untuk diri sendiri sahaja.Surah At-Taubah 19-20.


Ilmu dipentingkan daripada ibadah.Pemimpin Islam yang adil lebih jauh berganda-ganda diutamakan berbanding seorang ‘abid yang beribadah bertahun-tahun lamanya kerana boleh jadi satu hari yang digunakan oleh seseorang kuasawan digunakan untuk menggubal undang-undang yang mampu mencetuskan kesedaran dan keinsafan jutaan rakyat berbanding ahli ibadah yang hanya mampu memberi keinsafan kepada diri sahaja.


Amalan yang lebih lama manfaatnya pula lebih diaulakan berbanding amalan yang faedahnya sekejap bak kata pepatah cina,jangan bagi orang miskin ikan,tapi bagi jala supaya dia dapat makan ikan lagi banyak.


Insan yang mengamalkan ajaran Islam yang hakiki dan kamil pada zaman fitnah adalah diutamakan kerana mereka ibarat menggenggam bara api di tangan yang mampu bertahan walau menerima seribu satu tekanan dari luar.Nabi juga berpesan,”ibadah di dalam masa berkembangnya fitnah bagaikan hijrah kepadaku”.


Amalan hati diutamakan daripada amalan anggota.Sesungguhnya cinta dan benci seseorang kerana Allah merupakan tanda kesempurnaan imannya yang timbul daripada lubuk hati yang paling dalam.Memendekkan jubah di atas buku lali ketika solat sepatutnya kurang diberi penekanan berbanding memelihara silaturahim dan menjalankan amanah.


Pertanian diutamakan ketika krisis makanan di berlaku sesebuah daulah.Perindustrian dipentingkan tika pertanian cukup tetapi memerlukan barangan harian lain atau dari luar.Manakala perniagaan diutamakan sewaktu keperluan harian dan makanan cukup tetapi pasaran dikuasai peniaga rakus dan zalim.


Ibadah yang paling utama ada empat pendapat.


1- Ibadah yang berat dilakukan dan dirasakan di hati.

2- Ibadah yang zuhud.

- Orang awam - zuhud merupakan matlamat.

- Bijak pandai – zuhud perantara untuk menggapai cinta dan redha Allah.

- Ulama’ – apabila datang perintah dan larangan Allah mereka akan patuh walaupun ia memisahkan persatuan mereka dengan Allah.

- Melampau – tak ikut sunnah.sentiasa bersatu hati dengan Allah walau perintah dan larangan Allah turun.

3- Ibadah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.

4- Buat amal baik untuk redhaNya setiap masa dan mengikut situasi.Waktu jihad utamakan jihad,waktu tetamu datang utamakn melayan tetamu dan waktu saudara sakit utamakan amalan yang paling sesuai waktu tersebut.


PRIORITI DALAM PERINTAHNYA


-utamakan wajib daripada sunnah.Jangan sampai tahajjud membuatkan individu longlai dan menurunkan mutu kerja.

-Imam Al-Raghib Al-Asfahani :


-setiap sunnah ibadah tetapi bukan setiap ibadah sunnah.

-ibadah sunnah tidak akan diterima tika ibadah fardhu diabaikan.

-siapa sibuk dengan fardhu hingga abai sunnah maka ia dimaafkan.

-siapa sibuk dengan sunnah hingga abai fardhu ia terpedaya dengan hawa nafsu.

-Allah mengisyaratkan adil (buat fardhu) sebelum ihsan (buat sunnah).AnNahl,90.


-fardhu kifayah boleh jadi fardu ain kepada individu jika hanya dia seorang sahaja yang pakar dalam bidang tersebut dalam sesebuah qariah.

-hutang manusia perlu dibayar (hak manusia) sebelum menunaikan haji (hak Allah)

-jamaah perlu diutamakan daripada individu (nabi suruh sahabat yang solat sorang mengulang semula solatnya,surah fatihah ayat 5-6,sambutan syawal,puasa,wukuf dan solat hari raya).


PRIORITI DALAM LARANGANNYA


Kufur mengikut tahap dari paling tinggi :


-kufur juhud (tak mengaku Allah,malaikat etc.)

-kufur syirik (akui tuhan tetapi tak sembah tuhan,sembah benda lain;matahari)

-kufur ahli kitab (akui sebahagian danmenyeleweng;trinity)

-kufur orang murtad yakni kufur yang paling jahat (khianat dan tidak wala’ kepada Islam dengan memeluk agama lain)

-kufur munafiq yakni kufur paling berbahaya (zahir islam,batin benci islam)


Beza


1-kufur

-besar;komunis,atheis dan kufur dengan risalah nabi.

-kecil;tinggal solat sebab malas(khilaf.ada pendapat kata maksiat.kufur jika masih tak nak solat walau telah disuruh di mahkamah)


2-syirik

-besar;sekutukan Allah dengan makhluk lain.

-kecil;riya’ yakni cari pujian selain Allah.


3-nifak

-besar;dalam urusan akidah dan keimanan dengan sembunyikan kufur dalam hati,islam ditonjolkan di luar.

-kecil;dalam amal dan tingkah laku seperti ada ciri munafik tetapi akidah mereka benar.


4-maksiat

-dosa besar;dapat laknat dan hudud di dunia seperti tinggal solat,zina,minum arak.

-dosa kecil;dapat dihapuskan dengan solat fardhu,jumaat,puasa ramadhan,tarawih.

*maksiat dek kerana sombong dengan hokum Allah (ambil riba) lebih berat dosanya dari maksiat dek kerana lemahnya iman (zina).

*sikap memandang remeh kepada dosa kecil boleh membuatkan dosa kecil itu menjadi dosa besar.imam ghazali dalam kitab at-taubah,ihya’ ulumuddin.

*dosa besar jika dibuat kemudian timbul rasa takut,sesal,malu,taubat boleh dikelompokkan kepada dosa kecil manakala maksiat kecil jika buat terangan,x rasa malu,x takut dan x menyesal dikategorikan dosa besar.imam ibn qayyim.


MAKSIAT HATI : kedekut.nafsu.bangga.


-ikut nafsu boleh menjadikan insan gagal membezakan hak dan batil walau dia pernah mengenalinya suatu ketika dulu.

-tiga golongan bakal dihumbankan ke neraka sebab riya’ kata nabi.

-syahid di medan perang

-alim yang ajar ilmu kepada orang lain.

-penderma yang suka bersedekah.

Yang mana ketiga-tiga ini mengharapkan pujian manusia.

-bidaah perbuatan yang lebih digemari iblis berbanding maksiat kerana ia bercanggah agama dan orang tersebut tak ada kesedaran untuk bertaubat meninggalkannya.

-syubhah adalah perkara yang tak banyak diketahui orang ramai dari segi halal dan haramnya.solusinya Tanya ulama muktabar dan jangan memberat-beratkannya seperti disarankan nabi dalam kisah daging yang tidak diketahui sama ada disembelih dengan nama allah atau tidak dan nabi memperkenan jemputan yahudi.

-makruh ada dua:

1-tanzihiyyat-dekat kepada halal seperti hembus nafas ketika minum dan solat sunnah ketika makanan telah dihidangkan.

2-tahrimi-hampir haram.


Rujukan :

1-Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Fiqh Al-Awlawiyyat, Thinker's Library, Petaling Jaya Selangor, 2009.

2- Al-Quran

Monday, November 28, 2011

Al Quran, Ilmu dan Falsafah Kemanusiaan


Sesungguhnya apa yang di bawa oleh kalian(hamalatul quran) merupakan Kata - kata yang mempunyai seribu hikmah serta berjuta makna siratan objektif frasa kata yang sesuai diaplikasikan natijah penafsirannya berlandaskan kajian para ulama' di sepanjang zaman, segenap tempat dan disetiap warna situasi yang menghias atmosfera kehidupan seorang pembawa kalam Tuhan Pencipta langit dan bumi itu sendiri.

Berdasarkan corak - corak sejarah yang terlakar semenjak turunnya ke dunia Adam as dan isteri tercinta Hawa sehingga kini detik jari - jari ana menari di keyboard laptop, oleh pena - pena golongan yang terdahulu, dan semestinya terdiri daripada kalangan mereka yang ingin menegakkan syariat Tuhan Pencipta gigi anak Adam dan golongan yang tersilap dek geletekan syaitan yang mengasyikkan lantas syirik menyekutukan Tuhan Pencipta usus anak Adam itu sendiri, maka tercetuslah beberapa falsafah manusia, perkembangan ilmu dan kajian kata - kata Tuhan Pencipta ayam.

syirik : iktiraf Allah swt sebagai tuhan dan pada masa yang sama iktiraf tuhan yang lain.

Al quran, falsafah manusia dan perkembangan ilmu dapat disimpulkan kepada tiga perkara asas.

Pertama, tujuan ;
  1. Penerapan aqidah atau kepercayaan yang mencakupi aspek Rabbani dan segala sifat - sifatNYA, wahyu dan segala yang berkait rapat dengan kitab - kitab suci, Malaikat, para Anbia' dan hari kemudian yang terdiri daripada detik pembalasan dan ganjaran daripada Tuhan Pencipta sayur bayam.
  2. Penerapan akhlak yang bertujuan mewujudkan keserasian hidup bermasyarakat dalam bentuk permuafakatan antara lainnya ialah kenduri ramai - ramai.
  3. Penjelasan mengenai hukum - hukum yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, sesama manusia, diri sendiri, dan alam sekitar.

Kedua, cara/metodologi ; nak capai tiga perkara di atas adalah melalui,

  1. Menganjurkan manusia untuk memerhatikan alam semesta dengan kata lain segala kehebatan ciptaan Allah swt demi menimbulkan rasa insaf terhadap keagungan serta kebijaksanaan Tuhan Pencipta lidah dan memanfaatkan segala - segalanya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
  2. Menceritakan kisah - kisah sejarah golongan yang terdahulu.
  3. Menimbulkan persoalan konflik dalaman setiap anak Adam iaitu, dari mana kita datang? untuk apa kita hidup? dan kemana kita lepas mati ni?
  4. Janji kepuasan tuntutan badan dan nafsu di dunia dan di akhirat, serta ancaman penyeksaan yang sememangnya pedih gila di dunia dan di akhirat. Akhirat lebih - lebih lagi la.

Ketiga, pembuktian terhadap apa yang dinyatakan di atas adalah sesuatu yang benar - benar dari langit dan keseriusan konsentrasi terhadap perkara ini adalah teramat penting sekali. Dengan kata lain mukjizat Al quran itu sendiri.

  1. Susunan redaksinya yang mencapai puncak tertinggi dalam medan pemencakan sastera bahasa Arab.
  2. Ilmu pengetahuan mencakupi segenap aspek disiplin yang disyariatkan.
  3. Ramalan - ramalan yang dicanangkan bersifat fantasi namun sebahagiannya telah terbukti diperingkat kebangsaan.

Justeru, hayatilah segala apa bebanan yang kita gendong agar tidak terpalit ideologi - ideologi musuh islam di laman muka buku diari kehidupan kita sebagai hamalatul Quran di setiap tingkah laku harian kita. Ingatlah bahawa kita akan disoal siasat kelak mengenai teknikal error yang kita lakukan sepanjang pemikulan kata - kata Tuhan pencipta nasi yang kita makan dari hari ke hari.

~ sayang tanah islam ~

WaLLahua'lam.

Wednesday, November 23, 2011

Jilun Nasri Mansyud


:: PEMUDA ISLAM YANG DIJANJIKAN ::


Sesungguhnya umat islam ini memiliki roh.Roh itu adalah Islam.Islamlah yang menghidupkan umat ini daripada kematian,menyatukannya daripada perpecahan,memecahkan belenggu kejahilan dan menjadikannya umat yang terbaik dalam kalangan seluruh umat manusia.


Islam pasti akan menakluk takhta kemenangan.Setiap kemenangan sudah tentu mempunyai syarat-syarat dan kriteria yang melayakkannya merangkul piala kemengan.


Antara syarat-syarat kemenangan:

1-Meyakini bahawa kemenangan itu datangnya daripada Allah.(3:160,8:9-11,2:249,9:40)

2-Membantu agama Allah.(47:7,22:41,30:47,37:173)

3-Menjadi mukmin yang sebenar benar mukmin.(8:12,62-63)(33:6,9)(9:26)


Generasi kemenangan yang dijanjikan Allah adalah generasi yang memahami Islam dengan pemahaman yang sohih dan sempurna.Tidak dicemari oleh klorin-klorin kejumudan,taqlid dan taksub melampau terhadap mazhab.Mereka juga memiliki ciri-ciri 'pengganti yang adil' (khalifah) yang akan memikul warisan kenabian bukan seperti seekor keldai yang memikul kitab-kitab besar sedang ia sendiri tidak tahu apa yang dipikulnya.(62:5)


Mereka juga mengambil dunia sebagai 'jalan' dan bukan sebagai 'matlamat'.Sesungguhnya himmah (prioriti) mereka adalah akhirat dan tujuan mereka adalah mardhotillah.Kalbu-kalbu mereka bersinar dengan cahaya tauhid.Mereka tidak mencari Tuhan selain Allah,tidak menjadikan selain Allah sebagai rujukan hukum dan tidak mengambil selain Allah sebagai pemerintah.


Generasi yang dijanjikan ini juga enggan tunduk kepada barat dan timur.Cahaya mereka adalah diambil daripada pohon yang penuh barakah(24:35).Mereka tidak bekerja demi kepentingan mana-mana individu,kasta,parti ataupun sistem.Gerak kerja mereka adalah untuk Islam.Demi Islam.Mereka datang daripada umat Islam dan untuk umat Islam.Mereka tidak bermegah melainkan dengan dengan iman.Mereka tidak juga berbangga melainkan dengan Islam.


-Agama mereka terlalu agung buat mereka sehinggakan dunia menjadi remeh dalam mengharungi jalan agama.
-Aqidah mereka terlampau mahal harganya bagi mereka,lantas menjadi murahlah jiwa dan harta benda mereka.
-Sesiapa yang mengetahui nilai barang yang dicari,nescaya menjadi remehlah segala benda yang dikorbankannya.
-Allah taala membeli daripada mereka dan mereka pun menjualnya.Apabila sempurna pemindahan milik antara mereka an Tuhan mereka,tidaklah mereka menyesal dan ingin membatalkan jual beli itu.
-Mereka berkorban untukNya padahal semuanya adalah milikNya.
-Allah taala membeli harta mereka sedangkan Dialah yang memberikan rezeki.
-Allah juga membeli daripada mereka nyawa,yang Dia sendiri ciptakannya.(9:111)


Mereka juga ialah generasi yang kuat dan mulia.Mereka membezakan perkara usul dan furu'.Mereka di dalm usul bak besi yang keras manakala dalam perkara furu' ibarat sutera yang lembut.Mereka turut membezakan antara martabat sesuatu amalan dan hukumnya.Setiap amalan ada martabatnya.Setiap martabat ada hukumnya.Maka,fardhu berlaina dengan sunat,haram berbeza dengan makruh,dosa besar tak sama dengan dosa kecil,perkara yang disepakati lain dengan perkara yang khilaf,perkara yang tsabit dengan dalil qot'ie berbeza dengan perkara yang tsabit dengan dalil dzonni.Pendirian mereka bukanlah berlagak alim dan tidak pula mendakwa alim.Mereka merujuk kepada ahli dan pakarnya.(35:14)(25,59)(16:43)(21:7).


Terakhirnya,mereka adalah golongan yang acap kali bertaubat kepada Allah.Menjaga diri daripada melakukan maksiat lebih diutamakan oleh mereka berbanding menjaga diri daripada musuh-musuh Allah dan musuh-musuh mereka.Mereka lebih khuatir berlakunya maksiat di dalam hati berbanding maksiat anggota tubuh badan.


Dan mereka inilah generasi yang ditunggu-tunggu.Inilah generasi yang 'disimpan' oleh Allah untuk membawa roh Abu Bakar As-siddiq menentang golongan murtad(5:54).Generasi inilah generasi kemenagan dan dalam generasi inilah akan tertegaknya panji Allah di muka bumi seterusnya megahlah agama Al-Kholiq di dunia makhluk ini.


Pada hari ini seruan ini ditujukan kepada seluruh anak-anak muda muslim agar mereka melepasi peringkat virus al-wahnu dan lemah laksana buih-buih di lautan.Seterusnya menyertai gerombolan generasi rabbani yang ditunggu-tunggu.


Rujukan :

1-Yusuf Al-Qaradhawi, Pemuda Islam yang dijanjikan, Jundi Resources, Batu Caves Selangor, 2011.

2-Al-Quran

Friday, November 18, 2011

pencabutan sesuatu oleh mereka yang tidak berhak


:: Qatlun/Pembunuhan ::

Pembunuhan merupakan salah satu daripada aktiviti suatu benda hidup iaitu dengan mencabut nyawa benda hidup yang lain. Dalam konteks teks dan konseptual yang ingin ana kongsikan pada hari ini ialah aktiviti pencabutan jiwa atau nyawa oleh seorang mukallaf ke atas mukallaf yang lain tanpa haq. Dalam Al quran terdapat banyak larangan tegahan oleh Allah swt terhadap aktiviti pencabutan nyawa tanpa haq. Ia merupakan suatu amal jarimah yang berat dan besar tanggungan dosanya. Rujuk surah An Nisa' : 93 .

Namun terdapat pencabutan jiwa yang dibenarkan oleh syara, iaitu dimana ia bertujuan memelihara konsep maqasid syari'yyah melalui hukum - hukum had yang telah dicanangkan oleh Allah swt dalam Al quran 1400 tahun yang lalu. Sebagai contoh hukum qhishos. Maka bila mana selain daripada itu pencabutan nyawa tanpa haq ialah suatu amal insani yang kejam dan tidak boleh dimaafkan melainkan dengan melaksanakan apa yang telah ditetapkan di dalam Al quran sebagai hukuman di dunia. Rujuk surah Al baqarah : 178 .

Pembunuhan terbahagi kepada tiga jenis :

1) sengaja
2) seakan - akan sengaja
3) tak senggaja

Pembunuhan dengan sengaja :
Pencabutan nyawa dengan niat membunuh seseorang yang haram darahnya dan masih hidup sebelum dia dibunuh dengan menggunakan alat - alat yang biasanya membunuh.

Syarat - syarat pembunuhan dengan sengaja,

1) pembunuhan dilakukan oleh mukallaf.
2) yang dibunuh ialah manusia yang masih hidup dan terpelihara darahnya.
3) alat yang digunakan untuk membunuh biasanya membunuh.
4) pembunuhan adalah dengan sengaja dan bukan terpaksa atau dipaksa.

Uqubah untuk pembunuhan dengan sengaja,

1) dosa besar di akhirat
Rujuk surah An nisa' : 93.

2) tidak berhak menerima pusaka dan wasiat,

" Pembunuh tidak berhak sesuatu apapun, dan jika(yang terbunuh) tidak mempunyai waris, maka warisnya ialah orang yang terdekat kepadanya. Dan pembunuh tidak mempusakai apa - apa pun "
(Hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan An Nasai)

3) membayar kifarat apabila ia dimaafkan oleh wali yang terbunuh atau apabila ia dikenakan bayar diat.
kifarat : memerdekakan seorang hamba yang beriman dan jika tiada hendaklah berpuasa selama dua bulan beturut turut.

4) Qishash atau keampunan
Setiap pembunuhan diwajibkan qishash kecuali mendapat pengampunan penuh oleh wali terbunuh ataupun dikenakan bayaran diat. Rujuk surah Al Baqarah : 178

" Barangsiapa terbunuh saudaranya, maka ia boleh memilih antara salah satu antara dua pilihan, apakah ia meminta tebusan ataupun menuntut pembunuhan(qishash) "
( Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim )

Diat untuk pembunuhan dengan sengaja,

kategori : berat
100 ekor unta :
40 ekor unta betina bunting, 30 ekor unta betina berumur tiga tahun masuk tahun keempat, dan 30 ekor unta betina berumur empat tahun masuk lima tahun.

Selain wali terbunuh tiada siapa yang berhak untuk memberi ampun kepada pembunuh atau menukar gantikan hukuman atau meringankan hukuman.

*pergh tension betol lah tulis dgn tulisan skema nik...addoyai, ok lah smpi cni dlulah, xlarat dahh..

~ sayang tanah islam ~

Tuesday, November 8, 2011

Kau hafiz muda


Kau hafiz muda,

bukan mudah pada hakikatnya,

bukan sebarang amanah yang kau pikul,

bukan barang mainan yang kau rangkul,

ironisnya,

kau sedang memikul,

sebesar-besar mukjizat,

seagung-agung kalam,

segudang khazanah Islam,


kau ingat,

benda alah ini boleh dibawa main,

lalu kau dibuai arus acuh tak acuh,

kau buat endah tak endah,

kau gagal istiqomah,

penghayatan,aplikasi kau buat tak kisah,

inputnya kau tak terjemah,

kau lupa apa yang diseru,

lantaran kaburnya matlamat di kalbu.


kau hafiz muda,

bukan sekadar memegang nama,

bukan pula mendabik dada,

bukan imam semata-mata,

malah,

kitab itu kau harus pelihara,

faham dan beramal sepenuhnya,

sampaikan segala lunas ajarannya,

jangan sampai tiba suatu masa,

kitab itu sendiri yang melaknat kau wahai hafiz muda yang sering terleka...


Ibn Zulkifli

4.34 pm

12 Zulhijjah 1432H

8 November 2011M

Monday, November 7, 2011

Aidiladha? Seronoknyer... Sejarah? Boringnyer...


“Sesungguhnya terdapat dalam kisah-kisah mereka ( para nabi dan rasul ) pengajaran bagi mereka yang berfikir”


Sahabat2, Aidiladha mengajar kita tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. iaitu sebuah kisah pengorbanan yang cukup menghayat hati. Kesedihan dan kesanggupan untuk berkorban semata-mata ketaatan kepada Allah S.W.T. Kisah itu adalah salah satu kisah dalam sejarah tamadun Islam yang menjadi pengajaran untuk umat Islam sepanjang zaman...


Owh, ye ke? Rupa2nye barulah kita nampak nilai kepentingan sejarah tu...dulu kat skolah, sejarahlah subjek paling boring kan... subjek yang cukup halus seninya hingga membuai mimpi,hu3...


Sejarah itu sentiasa berulang. Sebab itu Al Quran memaparkan sejarah supaya kita mendapat ibrah. Watak yang dulu dan kini sama, cuma pelakon sahaja berbeza. Kita pilih jadi pelakon yang mana? Hero atau crook? Ya Allah, Engkau Maha Kasih, pilihlah kami untuk menteladani para Rasul, nabi, siddiqin Syuhada’ dan solehin. Amin.

Ada orang kata, "Kita sekarang sedang ikut orang yahudi lampau"...Ye ke? erm...


Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang telah diberi bahagian yaitu Al Kitab (Taurat), mereka diseru kepada kitab Allah supaya kitab itu menetapkan hukum diantara mereka; kemudian sebahagian dari mereka berpaling, dan mereka selalu membelakangi (kebenaran). (QS. 3:23)

Terang-terangan Allah telah memberi peringatan kepada umat Islam kini berdasarkan sikap segolongan besar orang terdahulu (yahudi dan nasrani) yang berpaling daripada kebenaran yakni daripada mengimani kitab-kitab terdahulu; Taurat. Bermula dari sebuah bangsa yang tinggi kemuliaanya berubah kepada bangsa yang terhina di paksa menjadi hamba abdi kepada firaun.

Semuanya gara-gara mereka meninggalkan ajaran yang di bawa oleh nabi mereka, bahkan bukan sekadar tidak mahu mengambil pengajaran tapi mereka dengan angkuh menentang utusan Allah itu sehingga sanggup membunuh nabi-nabi tersebut.

Begitu jugalah situasi yang melanda umat Islam kini, walaupun Allah telah memuliakan mereka dengan Islam, tapi mereka masih lagi memilih cara hidup atau pegangan yang lain kononnya lebih baik dari Islam.


Kita sering mendengar istilah sekularisme, yang mana suatu fahaman yang dicipta oleh sekolompok manusia yang cuba memisahkan urusan dunia dengan urusan agama kerana bagi mereka urusan agama hanya melibatkan golongan ustaz-ustazah yang berlegar di masjid,surau dan of course kat dq,hu3…manakala urusan dunia (pentadbiran, politik, dan ekonomi) terserah kepada golongan professional katanya.

Mereka cuba menyempitkan pengertian Islam dalam ruang lingkup seharian kita, bagi mereka Islam itu hanya ibadah kepada ALLAH semata-mata, seumpamanya sembahyang, puasa, zakat dan haji. Mereka cuba menyamakan pengertian Islam seperti agama-agama lain, contohnya seperti kristian. Bagi penganut kristian, istilah agama itu hanya meliput ibadah semata-mata.

Namun Islam mempunyai pengertian yang berbeza.pengertian Ad-din itu satu pngertian yang besar untuk umat Islam. Islam bukan setakat menyentuh aspek ibadah semata-mata, namun Islam itu merupakan suatu cara hidup yang lengkap.Ad-din menyentuh semua aspek dalam kehidupan seharian kita, bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Contohnya dalam hal aktviti harian seperti makan dan mnum pun Islam mengajar kita bagaimana cara yang betul, lalu apatah lagi dalam hal-hal besar yang lain seperti cara memerintah, cara berekonomi dan seangkatannya.

“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin” (Al-Maidah : 50)

Pemimpin-pemimpin Islam sekarang lebih berbangga dengan hukum-hukum dan perlembagaan yang dicipta oleh manusia berbanding hukum-hakam yang telah di sediakan oleh Allah. Bagi mereka hukum-hakam Allah sudah tidak sesuai untuk dilaksanakan di zaman ini kerana telah ketinggalan zaman, tidak kurang pula yang mendakwa bahawa hukum-hakam dalam al-Quran tidak adil dan bersikap zalim kepada manusia.

Ingatlah sahabatku, mulianya kamu kerana Islam...

Berkata Saidina Umar al-Khattab; "Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka apabila kita mencari kemulian yang lain daripada Islam, nescaya kita akan dihinakan oleh Allah.."

Maka tidak menjadi pelik sekiranya umat Islam pada zaman ini terus hidup dalam keadaan yang tertindas dan selalu ditekan oleh musuh-musuh di sekeliling, ini di sebabkan sikap mereka sendiri terhadap Islam itu. Mereka cuba menggantikan Islam dengan membawa pendekatan baru kononnya dengan menjenamakan semula Islam itu sendiri.

Beginilah jadinya bila mana makhluk yang dicipta dengan begitu sempurna namum gagal menggunakan kelebihan itu untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini. Mereka diberikan akal fikiran yang sempurna, tetapi mereka gagal menggunakannya, mereka langsung tidak mahu mengambil pengajaran dari sejarah hidup manusia yang silam.

Alangkah celakanya golongan yang tidak pernah mahu mengambil pengajaran dari sejarah silam.

Sunday, November 6, 2011

addoyai...


bismillah....
hehe, ari ni semer badan bau lembu erk....,
check dis out,

amal jamaie is something yang dputuskan secara kolektif dlm p'kumpulan yg tersusun m'ikut manhaj t'tentu n objektif2 t'tentu...


ciri2 amal jamaie

1. diputuskan oleh jemaah

2. kerja yg t'susun
3. mengikut sistem
4. ad objektif2 yg spesifik

weih, hari ni kt msjd hasanah, bangi. smbelih dekat 15 eko lembu, pergh...hanya ALLAH sje yg thu betapa penatnya, tp yg bestnyer hari ni, kbnyakan pakcik2 korporat yg duk kt ctu x thu nk melapah daging, semer main tibai jer. ana pun ape lg.....
ana pn buat2 la arif dan dgn yakinnya conduct diorg melapah satu lembu td...hak3 mmg tercalar hbisla tgn hari ni, tp x sgka an ??? ghope2nye sng je nk cabut kaki lmbu ni erk,
SubhanaLLAH, maha suci ALLAH Tuhan pencipta segala ssuatu.bile nengok time lembu2 tu idup pergh!!! mau maut klu kna tndg dek lembu2 tu...
tp ble kulit2 ditanggalkan dr jasad lembu tu n daging2 dlapah sedkt dmi sdkt, x sgka lak bley t'cabut mcm tu je kaki2 lembu t'sebut...heh kuasa ALLAH.
Hari ni YB Syafei yg edarkan dging2 pd pndk sek.9, ramai beratur bai, warga asing x asing, semer smgt beratur pnjg2 nk p ambik daging, time tu da kul 12 t/hari klu x clap ana....
tp dan2 lak time solat zohor hanya ad 2 saff jew...
addoyai, sediy2 =(
mne mereka2 yg smgt2 beratur pnjg2 td????
mne mereka2 yg smgt2 potong daging td????
mne mereka2 yg bertakbir kuat2 time sembelih td???
jawapannyer, smua tgh mandi2 n berehat2 jap kt umah..
okla la...dah korban lembu seko td, mahhal tuh!!!
korban tenaga, biarla org lain buat plak..!!!
Oooo..mcm tu rupe2nye msyrkt kter hari nie erk....
skadar renungan utk diri ana n shbt2 skalian..
dah lah, bosan la plak menaip

~ syg tanah melayu ~
by : ketua biro tarbiah n kerohanian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...